Assalamualaikum

Hari ni nak kongsikan amalan menjadi ibu yang bahagia dan positif

Semua orang nak bahagia lagi-lagi seorang ibu.....ibu yang bahagia akan sampaikan kebahagian tu pada anak-anak

Ni hasil daripada fara kumpul bahan bacaan fara

Yang baik boleh jadikan amalan

Sama-sama kita berusaha menjadi ibu yang bahagia

Sebelum nak kongsikan amalan yang lain

Mula-mula sekali fara nak kongsikan amalan yang fara dapat dari seorang hamba Allah ni disaat fara rasa sangat sedih kecewa Allah hadirkan fara seorang hamba allah yang mengingatkan fara Allah ada dengan kita sebagai tempat untuk bergantung

Allah yang menciptakan kita dan allah juga yang mampu menjaga kita sebaik-baiknya

Amalan yang diajar pada fara

Setiap pagi bangun awal sebelum anak-anak bangun..siapkan diri kita dulu kemas apa yang patut dulu siapkan apa yang perlu disiapkan dulu..jadi kalau nak bangun awal tips dia kenalah tidur awal makan malam siapkan awal-awal supaya kita dapat tidur awal

Selepas sembahyang subuh baca yasin setiap pagi selesai baca lepastu

Siapkan keperluan suami dari semua segi lepas dah siap

Siapkan keperluan anak-anak dari segi pakaian, makanan dan pelajaran

Dan sentiasa basahkan bibir kita dengan zikir

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillah
Allahuakbar

Setiap masa kita sentiasa ada zikir ni

Alhamdulillah kesan dia tak dapat fara nak cakap

Anak tak meragam urusan fara dipermudahkan

Sebagai seorang manusia ada masa kita akan lelah dengan kehidupan dunia.....dengan zikir ni membuatkan diri kita lebih kuat dari dalam sebagai seorang ibu

Dan semua orang pun tahu kelebihan berzikir banyak menfaatnya

Alhamdulillah nanti fara kongsikan lagi amalan yang lain yang kita boleh jadikan sebagai ibu yang bahagia dan positif